Assalamualaikum mak.
Rindu kat mak!
Tetiba rasa rindu kat mak. mak! gigi sakit ni. tapi, mak jauh tak boleh nak manjamanja. Baring atas peha mak. nangis depan mak. rindu mak!
Dulu, kalau sakit
Mak mesti susah hati.
Mak sibuk cari ubat.
Mak picit bila sakit kepala.
Mak sibuk cari ubat.
Mak picit bila sakit kepala.
Mak sapu minyak kalau sakit perut.
Mak tak tido malam jaga kita.
Mak selalu bagi semangat untuk kita mengharungi kesakitan.
Mak sanggup keluar malam naik moto beli ubat.
Mak sanggup lakukan apa sahaja janji kita tak sakit.
Kini, jauh dari mak
Mak sakit kita tak tahu.
Kadangkadang bila call mak suara mak pelahan.
Tanya mak, mak tak sihat ke?
A,ah mak sakit kaki.
Mak da makan ubat..?ubat orang beli hari tu ada lagi?
Nanti kalau tak ada orang pos kan.
Dari jauh je orang dapat balas semua pengorbanan mak.
Mak, orang sakit gigi.
Tapi, mak tak tahu kan?
Orang da tak nak susahkan mak macam dulu.
Orang tak nak mak susah hati ingat orang kat sini.
Takpe, orang ada wan dan aira kat sini.
InsyaALLAH semua akan baik.
Tapi, rindu dengan mak.
Nak balik kampung tapi wan tak cuti.
Rindu dengan masakan mak.
Rindu dengan belaian mak.
Rindu tengok senyuman mak.
Tapi, tak suka mak sedih, nangis.
Ingat lagi masa orang migrain teruk.
Mak sentiasa kat sisi.
Tak pernah mengeluh.
Tak pernah buat tak tahu.
Mesti akan lakukan yang terbaik untuk cepat sembuh.
Tautau je,
Umur 20 tahun da duduk jauh dari mak.
Duk jauh sampai ke Pulau Pinang.
Jodoh cepat sampai.
Tapi, orang tak kan lupakan mak.
Sayang sangat kat mak.
Mak, orang harap mak sentiasa sihat.
Orang doakn kesejahteraan mak.
Orang nak jadi anak yang baik.
Anak yang taat pada kedua ibu bapa.
Anak yang menghormati, menyanyangi ibu nya.
Anak yang tau susah senang membesarkan anak.
Yela kan orang da ada Nur Aira Saffira.
Da tau mcm mana rasanya mak jaga orang masa kecik.
Bangun tengahtengah malam.
Tak bagi sekor nyamuk pun gigit.
Bahagia sangat dapat tengok anak membesar depan mata.
Agaknya itu yang mak rasa kan.
Bangga jadi anak mak. ;)
Pada yang masih memiliki seseorang yg bernama "mak". Sayangila mereka selagi mereka ada. Rindu mak kat kampung. Mak jaga diri baikbaik ya.
Sayang mak!
Erin Abd Latip.
No comments:
Post a Comment