Tajuk kita hari ini pasal BRACES ok. BRACES a.k.a PENDAKAP GIGI, GIGI BESI, PEMELUK GIGI atau apa² sahaja gelaran yg sewaktu dgn nya.
ni BRACES.
Aku nak pakai.. Tapi... T_T,
Dengar kisah sedih dulu..
Sejak dari sek ren, bawak ke sek men mmg aku fobia teramat sgt dgn dokter² gigi yg selalu suka suka hati nak dtg sek, chek gigi² budak² sek. serius tak suka kalau mereka da dtg, petanda jap lagi ada la cikgu dtg bwk report card, masuk kelas, panggil bdk² masuk makmal chek gigi dan yg pastinya aku org pertama cabut lari masuk bilik air tak keluar² sampai cikgu displin tarik telinga suruh keluar. *tipu, tak tarik pn. marah je. T_T
Mana tak nya, bila budak² balik dr makmal tempat dokter² menanti budak² gigi rosak akibat kuat makan jajan, aku tgk smue dok pegang pipi. kne cabutla, tampal la. yang lagi syok tu siap buat muka sakit kemain. macam kena gerudi je gigi tu. siap berdarah, siap pengsan?! Sumpah! sangat menakutkan okey.
So, selepas berbelas tahun tak pernah jumpa dokter gigi, tetiba rasa nak p jumpa dokter gigi. tebiat ape kau erin..? hah! bukan tebiat ye adik², sebenarnya haritu aku da tak tau nk p jln kt mana. boring asyik p shopping mengabiskan duit. hehe².. so, saja offer diri sendiri nak p klinik gigi UNION kt alma. tempat abg p cabut gigi. tak sakit kata nya kalau cabut gigi kat situ. siap ada dokter sexy lg. *argh! gigit telinga abg sebab marah time tu, T_T.
Kebetulan mmg ada gigi yg da rosak secara tiba² masa mengandungkan aira dulu. semua gigi rasa cm reput. asyik sakit je. dulu sblm mengandung gigi tak ada yg rosak. lubang kecik pun tak ada. mybe sbb aira da curi semua kalsium aku kot. tu yg tulang dia keras semacam je. ^^ so, ambik keputusan nk p cabut gigi sekali cuci gigi. Sampai klinik terus nk cuci gigi je. tak jadi nk cabut gigi sebab takut cabut gigi menguasai diri. tunggula nk buat braces sekali. *sebenarnya p klinik tu pn dok usha harga braces, mak ai mahal.. 5k ke 7k? ada berani? haha²..
Masa cuci gigi tu mak ai ngilunya. hah! padahla da berbelas tahun tak jumpa dokter gigi kan? padan muka! tapi relax cool je masa naik baring atas kerusi tu sbb dokter cina tu hensem kot. baik je. hilang takut.. bila aku rasa ngilu skit mula gedik kan bdn, dokter tu stop sat. sangat baik ok. ^^ setle!
And masa nk balik tu staff kt situ ada bg card kecik utk temujanji tampal gigi plak. sebab dokter tu kata kena buat tampalan sebab ada lubang kecik².. mmg tak p la kot sebab cuci gigi je kena cas rm80? mahal ke? nthla mcm mahal je kot. T_T agak² okey ke kalau aku buat BRACES kt situ? balik, tak pikir panjang geledah GOOGLE cr kot² jumpa klinik yg lg murah kn.. ^^
So, geledah punya geledah terjumpa satu klinik ni - KLINIK PERGIGIAN YUSMIN AZNIDA - klinik ni doc ny perempuan. so aku rasa, kalau p klinik ni lagi okey kot. dokter perempuan kn lemah lembut. mesti tak sakit cabut gigi kan.. * saja bg hati tenteram. harga buat braces pun dlm kawalan. tak terlampau sangat mahal nya. dalam sekitar 4k setengah gakla. aku dapat info ni pn kat satu blog ni. blog mana aku lupa da. sebab byk blog aku baca psl braces ni.
So, aku mmg nk sangat pakai braces. abg syg da bg green light, duit da standby. cuma yg rasa mcm nak tak nak, nak tak nak, nak, nak, nak tu pasal cabut gigi je kot. kalau perasaan takut cabut gigi tu berkurang InsyaALLAH aku pkai BRACES dalam masa terdekat. Doakan utk aku ye.
Terima kasih sudi baca. followla sekali. ^^
Salam...awak dah pakai braces ke???...nk tnya pengalamn awk wktu pakai braces kat klinik tu....saya ingat saya nk wat braces jugak
ReplyDeletesalam.saya nak pakai braces jugak.tp nk dalam masa yang terdekat n murah.bole suggest?
ReplyDeleteNice info..thanks.
ReplyDeleteSalam hi nak tanya apa pengalaman awak setakat ni psg braces kt klinik yusmin mmg ada review dri doktor setiap bln dan berapa lama? Sya pun psg braces di klinik sama...just nak tau Thank you.
ReplyDelete