Assalamualaikum.
Hari sabtu hari tu cabut gigi lagi. gigi no dua dari empat yang "wajib" di cabut. gigi pertama cabut kat klinik pergigian Union, Alma. Second gigi try pulak cabut kat klinik pergigian Mesra, Perda. Ok, tak sakit.
So, lepas cabut gigi no dua terus pasang niat nak cuba cabut gigi kat klinik kerajaan pulak. Bajet berani la punya kes ni. sebab rasa sama je kalau cabut kat gigi swasta pun. sakit tang injit je. lepas tu cabut da tak rasa apa sebab kebas. cuma, lepas kebas siap la kau. berdenyutdenyut. tapi ok je kalau kau telan painkiller. ^^
Hari yang di tunggutunggu telah tiba. hari Isnin. klinik kesihatan kat sini memang hari isnin je boleh cabut gigi. Kira, hari ahad tu tak boleh la cabut gigi. klinik pun tutup mana bukak. tapi tak apa, dan lagi rehat kan gigi yang baru kena cabut sabtu haritu. Lepas tu ek-sai-ted pagipagi adam bangun garagara nak ke klinik kerajaan. yela takut ramai orang jenuh nak tunggu.
Sampai klinik dalam kul 9. tekaan ku meleset. ingat tak ada orang. kau silap erin. meramai lagi manusiamanusia kesakitan gigi nak p cabut gigi. hm, biasala. klinik pergigian paling murah memang ramai la yang akan bertandang.
Dah register apa semua dapat no 071. abg yang dok kat tempat pendaftaran tu kwn abg. ingat bolehla adjustadjust masuk cepat tapi mintak maaf, itu kesalahan. tak baik. kena tunggu 12 orang lagi baru aku boleh jumpa dokter. ok, tu sangat normal. nama pun klinik kerajaan kan. pahampaham sudah. nak cepat p swasta. hakhak.
Ada kakak ni datang lambat kot. tapi kemain cepat masuk bilik dokter. di beri keutamaan cabut gigi dulu sebab pregnant. ;)
So tunggu punya tunggu kakak yang pregnant tu keluar dari bilik dokter. tapi nampak ok je tak ada darah pun. ruparupanya dokter chekchek dulu, kalau kena cabut bius dulu pastu kena tunggu luar. ingat terus cabut mcm kt klinik swasta. nampak tak bezanya kat situ. nampak kan?
Serius, muka kakak tu tahan sakit. apahal? aku pun p la tanya sakit ka? Adoi. jawapan nya SAKIT! OMG tetiba ek-sai-ted tadi seakan berubah. da mcm rasa cinta beralih arah. dia kata sakit dia injit. nak cepat. main injit je. mak ai rasa mengigil da aku dengar. no aku nak dekat da. bagi syarat kat abg kata nak balik. takut. tapi kakak tu kata tak apa. sikit je. alangalang da sampai. Ai, tadi kemain gelabah kata sakit. adoi, tak sanggup la.
No suda naik. apa lagi siap sedia tanggung derita. tula suruh p swasta tak nak. nak gak p kerajaan. so, silakan. masuk je macam biasa buat muka cuak, pucat, sedih dan sebagainya. di tanya mcmmcm gakla. pastu injit. hm, sah kena tipu. tak sakit pun dia injit. sakit sikit je dari injit kat swasta. maybe sebab kalau swasta dia ada sapu gel ape ntah sebelum injit kan. kt kerajaan tak ada ok, tu yang sakit sikit tu.
Keluar je kakak tu tanya, sakit tak? aku geleng. rasa nya sebab aku terlebih ramah kat dalam tadi kot tu sebab aku dapat layanan best. pelanpelan je. tak cepatcepat mcm kakak tu kena injit tadi. Lega.
Ok, tunggu satusatu keluar kena cabut gigi. sampaila turn aku da semangat da balik sebab aku tau da tak sakit kalau bius. aku tang injit je aku cuak gelabah tak hingat.
Baring, mulakan proses cabut gigi. cubaan pertama gigi aku pecah. PECAH OK. tapi tak sakit. tariktarik tak tercabut gak. tolak sana tolak sini. cubaan kedua PECAH lagi. masa tu da rasa sakit sikit. mybe sebab ubat bius da makin berkurang sebab dok tunggu lama kat luar kan. cubaan ketiga, PECAH HANCUR. ehemehem. hancur tu hati aku ye sebab dengan harapan kalau gigi yang da rosak mcm gigi aku ni senang cabut sebab da reput. tapi kau silap lagi erin gigi geraham kau keras mcm batu! apa lagi dokter terpaksa korek gigi aku. memang time tu sakit gila woi. siap pegang dokter lagi tu. aku angkatangkat tangan tunjuk kan aku sakit. dokter tu boleh buat dek je. tekantekan korekkorek lagi. terus tercabut. perghh! berdengung rasa kepala ni masa dia tarik. agaknya dia buat dek sebab nak cepat ramai orang. tak kan kot nak layan kerenah aku berjamjam. Darah kemain banyak keluar. kali ni aku cabut gigi kena kumurkumur sebab darah banyak sampai tertelantelan. dua gigi yang aku cabut haritu tak boleh kumurkumur.
Da cabut siap. terus balik tahan sakit. hati begang tak terkata sebab sakit. sakit sangat. tinggal sebatang lagi gigi nak cabut. tekad lagi cabut swasta la. mam*** p la mahal. janji aku tak sakit. nak bajet murah sakit nak mam*** buat apa kan. marah da ni. haha.
So, pesan aku la. memang klinik kerajaan sekarang ok, tak mcm zamanzaman dulu. dokter garanggarang. dokter sekarang baikbaik. manismanis belaka. cuma jadi macam kes akula. kita tak boleh nak manjamanja sangat kat klinik kerajaan ni. tak macam klinik swasta. Sakit je dia stop, injit bius lagi ke. kerajaan memang takla. so, akan sakit bila terpaksa "dikasari".
Jadi pikirpikirla. nak murah memang murah. tapi bagi aku murah mahal tu belakang cerita. tapi sapa yang nak sakit woi. tu sebab kebanyakan orang akan rela bayar mahalmahal sebab nak elak dari sakit kan.
* masih menahan sakit kesan dari cabut gigi tadi. T_T
Terima Kasih sudi baca.
hehe thniahh...
ReplyDeletehehe². makasih². erkk sakit. T_T
ReplyDeletegg reput memang susah nk cabut...kes2 pecah dan kene korek biasa terjadi kat gigi reput...
ReplyDeletepengalaman tu sangat nite mare... dlu saya kene cabut gg oleh student dentis yang first time buat cabutan gigi.. hoho perasaan time tu tuhan je yang tau... alhamdulillah semua berjalan lancar...
-group besian :P
huhu tak sanggup tunggu lelama kat klinik, menambah stress rasa.
ReplyDeletesaya baru update blog pasal kekurangan kalsium. jom jenguk.
awk cabut kat klinik kerajaan kat mna.? sya dok perda jela awk..awk pkai braces kat swasta or kerajaan.?
ReplyDelete