BERTUDUNG TIDAK WAJIB


Assalamualaikum.

Bertudung “tidak wajib”

Ada pernah dengar tak statement mcm tu? Hah! Malam ni baru je aku dengar dari u-tube Ustaz Azhar Idrus a.k.a UAI. Bila di pikir pikir ada gak betul nya. Tidak wajib pakai tudung tapi wajib tutup aurat. Aku setuju 101% kenyataan itu.

Ya, tak di nafikan aku seorang isteri, mama & anak yang tak bertudung. Bukan tak pernah bertudung langsung. pernah pernah. Maaf, bukan berbangga. Tapi, tak nak orang berkata kata di belakang.


gamba lama. time time sek tak silap. ^^

Seperti,

“ diri sendiri tak bertudung sibuk nak cakap pasal isu bertudung.. “

Apa rasa? Mesti korang rasa kecewa bila orang cakap macam tu kan? Apa salahnya kalau cakap mcm ni.

“ Alhamdulillah, mudah mudahan hati kau terbuka nak pakai tudung.. “

Hah! Kan manis je bunyi nya. Terus terbuka hati nak tutup aurat. Betul tak?

Ok, tutup aurat tu wajib ok. Kira pakai tudung tu menutup aurat. Tapi kalau pakai tudung, lengan terdedah, baju ketat ketat tu namanya tutup aurat tak? Tak kan..? ok, pengakuan lagi. Aku tidak bertudung tapi tak seksi ok. Tipu kalau tak pakai ketat. Ya, pakai. Insyaallah mana tau satu hari nanti aku tutup aurat seluruh nya. Sejuk perut mak aku mengandungkan aku Sembilan bulan. T_T

Memang ada niat nak berubah kearah kebaikan. Nak pakai tudung. Tutup aurat. Jadi muslimah baik di sisi ALLAH. Nak jadi Isteri yg taat kepada SUAMI. Anak yg patuh pada ORANG TUA. MAMA yg akan berikan didikan agama yang terbaik buat anak anak. Memang teringin sangat nak buat semua benda tu.

Selain tu nak juga jaga kelakuan, adab, buang segala keburukan. Pilih jalan yg di redhai ALLAH S.W.T, mengikuti seluruh perintah ny & menghindarkan segala larangan nya.

So, insyaALLAH semoga aku cepat berubah kearah kebaikan. Tak mahu tergesa gesa. Takut hanya akan berada sekerat jalan. Kalau tutup aurat, aku kan terus tutup aurat. Tak nak bila tutup aurat, kemudian bukak lagi. Tak manis kan? -.-‘

Aku buat entry ni bukan sebab aku da buang tebiat atau apa apa sebab lain ye. Mungkin aku da tersedar tapi perlu ikhlas melakukan semua tu. Tiada paksaan untuk berubah. Berubah biar kerana ALLAH taala. InsyaALLAH.

p/s – Suka bila lihat orang bertudung. Teringin bertudung & pastinya aku akan bertudung tak lama lagi. InsyaALLAH. Doakan yang terbaik buat aku ye.


Terima Kasih sudi baca. ^^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...