( 02/03/2003 - 02/03/2012 : 9 tahun )
Ni sahaja gamba arwah ayah yang aku ada. T_T
Hari ni genap 9 tahun ayah meninggal kan aku. Ayah pergi buat selama lamanya.
Ayah pergi meninggal kan seorang isteri yang tersangat di cintai. Meninggal kan 7 orang puteri kesayangan nya, dan beberapa orang cucu yang di kasihi nya.
Masa berlalu begitu cepat. Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Tahun berganti tahun. Aku sangat rindukan arwah ayah. Aku harap arwah ayah tenang di alam sana. Semoga arwah ayah di cucuri Rahmat.
Apa yang aku ingat masa tu, arwah ayah meninggal waktu subuh pagi jumaat. Masa tu seluruh ahli keluarga ada di rumah. Sebab nak sambut hari lahir anak kakak ke esok kan harinya. Masing masing sibuk dengan hal masing masing. Buat kek dan sebagainya. Malam tu arwah ayah ada ajak semua adik beradik aku tengok tv dengan nya. tapi masing masing sibuk. so, arwah ayah tengok dengan aku dengan adik aku je.
Subuh jumaat tu masa arwah ayah tido, mak dengar arwah ayah tarik nafas semacam. tarik nafas buat kali terakhirnya. mungkin. mak kelam kabut panggil kami adik beradik. kakak pangku ayah. masing masing da cuak tak tau nak buat apa. akhirnya ayah menghembuskan nafas terakhirnya pagi tu. sapa sangka kan. pelawaan terakhirnya untuk luangkan masa bersama sama menonton tv adalah pelawaan terakhir nya. sangat kesal. T_T
Sebelum dia tido tu, dia nak cuit kek cokelat yang kakak aku buat. Tapi, kakak aku boleh halang. katanya tunggu esok. sebab kek tu tak keras lagi. Kesian arwah ayah kempunan nak makan kek tu. Kakak aku sangat terkilan sebab tak bagi arwah ayah makan kek cokelat tu. Sangat sangat tak sangka pemergiaan nya secepat itu.
Selepas mengesahkan kematiaan arwah ayah, hari tu juga dia di kebumi kan. Tapi sebelum dia di kebumi kan aku terkilan sebab tak dapat nak tatap arwah ayah lama lama masa tu. Aku tak tau masa pagi arwah ayah meninggal, aku jatuh sakit secara tiba tiba. rebah, lemah seluruh badan. duduk dalam bilik je. sampaila arwah ayah nak di balut, baru aku keluar untuk cium dia buat kali terakhir. tu pun aku di papah sebab memang tak boleh nak bangun. Mungkin kah aku kena badi mayat? aku tak pasti.
Gamba pasport arwah ayah.
- Senduk makan sendiri - Arwah ayah tak pernah senduk makan sendiri sepanjang dia hidup. mak akan hidangkan makanan letak depan mata dia. baik makan @ minum. tapi, akhir akhir sebelum dia pergi, dia boleh senduk makan sendiri. Mungkin dia tak nak susahkan mak. T_T
- Tak kesah orang lalu lalang depan tv - Arwah ayah memang pantang kalau orang lalu lalang depan dia masa dia tengok tv. tapi, lain jadi nya. dia tak kesah pun. siap adik aku duduk atas perut dia yang buncit tu lagi. dia senyum je.
- Hilang panas baran - Arwah ayah sangat garang. tapi, hilang garangnya secara tiba tiba. kalau dulu buat silap sikit nahas la kau. tapi alhamdulillah perbuatan dan sikap nya berubah secara mendadak. tak da sapa tau di sebalik nya. T_T
- Ambik gamba pandang kamera - Arwah ayah memang tak suka ambik gamba. kalau ambik gamba pun nanti mesti dia pandang tempat lain. tapi, akhir akhir nyawa dia, dia ambik gamba pandang kamera. Aneh kan..? tu la nama nya buang tabiat.
So, aku harap sapa sapa yang masih mempunyai ayah, selalu la di samping nya. sebab kita hidup di dunia ni cuma sementara. tak tau bila masa ajal maut kita datang.
Aku berharap arwah ayah sentiasa tenang di sana. Mohon sedekah kan Al-Fatihah buat arwah ayah ABD LATIP BIN MUJI. Amin ya rabbal Alamin. Amin. ❤
Terima kasih sudi membaca.
No comments:
Post a Comment