Tolong! aku mengalami keguguran rambut yang sangatsangat teruk!
Bukan rambut sebenar
Bangun tido je rambut bersepah atas bantal. kadangkadang sampai melekat kat muka aira. Bila berjalan dalam rumah abis satu rumah atas lantai penuh rambut. Dah la lantai putih. semak woi! bersepahsepah rambut. sudut sana sudut sini. kalau angin tiup rambut tu da boleh buat design gamba macammacam da atas lantai. corak flora, bungabungaan bergumpalgumpal pun ada. aish! benci!
Bila mandi, cuci rambut dengan syampu wangi kemain. kerukkeruk kepala supaya kulit kepala bersih. usap rambut siap berangan jadi duta syampu, tudiaaaa rambut melekat kat tangan sikit punya banyak. da macam orang sakit lukimia kot. uishh! mintak simpang 44 jalan murai jaya. hmm.. -.-'
Orang kata ni normal selepas melahirkan baby. tapi da macam x normal je. kalau asyik gugur je mau botak kepala ni nanti. Adoi! tak mau..! baru je berangan nak bela rambut panjangpanjang, cantik macam AVRIL LAVINGE! nampak nya anganangan ku musnah! musnah sama sekali. T_T
Orang lain kata juga kalau baby main buih @ main air liuh @ air liuh melelehleleh pun penyebab rambut sang mama keguguran. oh ya! memang sejak aira pandai main buih sejak tu rambut aku gugur. Terima kasih aira.
Tapi, sebenar tak kesah pun kalau berpunca dari aira main buih. Mama sanggup botak demi kamu sayang. walau macam mana pun aku masih rimas, lemas, serabut, semak,
Kalau tang sikat rambut lagi la. comfirmcomfirm gugur banyak gila. sangat banyak. banyakbanyak kuasa 4! dan aku da sediakn bakul sampah tepi almari make up. senang aku nak lontor rambut yang melekat kat berus sikat tu. arghh! stress!
Stress pun maybe penyebab rambut gugur. so tak mau stressstress la. relaxrelax. gugurla kamu wahai sang rambut. akan ku kerat kamu tak lama lagi. biar pendek puas hati aku. panjangpanjang pun kau sibuk nak gugur. Dan akan ku tutup kekeratkan rambut tu. *bahasa apa aku guna ni?
Tak pela nak buat macam mana kan? bukan aku request nak rambut gugur ni. rambut ni pun satu hal nya. nak nye bagitau la bila masa nak mendarat. tautau je da sampai ke lantai. aish! kalau bagitau kan senang. senang berlari ke luar. biar sepah kat luar rumah tak yah sapu sampah. haha.
Ada sapasapa tau petua kurangkan rambut gugur? mintak di share ye. ^^
Terima kasih sudi jenguk blog Erin Abd Latip.
Salam kenal Erin, Dulu saya pun ada masalah rambut gugur, awak blh refer sini ye. Semoga membantu.
ReplyDeleteANISVITASHOP