: MAAF SY SUDAH MELUAT :

Assalamualaikum..

  • Serius! Aku da "betul-betul meluat" dgn sesetengah peragai manusia ni..
  • Serius! Aku da mls nk jadi "terlalu baik" ni..
  • Serius! Aku da bosan dgn "sikap pura-pura" ni..
  • Serius! Aku da bosan dgn manusia yg "tak kenal erti persahabatan" ni.. 


Serius! Mood - Marah!
Maap kalau tgh-tgh mlm ni aku rasa mcm nak marah-marah.
Bukan apa aku da "meluat la dgn manusia-manusia yg aku sebut-sebutkan kt atas tu". Serius aku tersangatla marah tentang perkara-perkara yg berkaitan dgn hidup aku. Lagi-lagi berkaitan dgn keluarga aku. Memang aku angin satu badan.

Mana tak nya. sesetengah manusia ni pandai tunjuk baik depan kita @ berpura-pura ni. Nampak suci je kn?? Tapi belakang kita fuhh dok kata tak ingat. mcm-mcm nk di kata nya. Kata je tak pelah. Tapi janganla nk tutup periuk nasi org.. nak bubuh pasir semua. nk bubuh sgt meh bubuh simen terus. silap haribulan korang aku simen buat patung simen. Adoi! marah sungguh-sungguh ni! -.-' 

Aku tak pernah nk ganggu @ kacau @ usik @ cuit hidup korang. sikit pn tak pernah.
Aku cari rezeki halal. Jangan di kata haram pulak. Jangan di kata tipu @ salah pulak.

Lagi satu tolongla jgn nk ambik kesempatan terhadap insan-insan yg lemah ni. nak kata ambik kesempatan terhadap insan-insan yg terlalu baik nt korang marah pulak. Jadi lepas ni da tak nak jadi "TERLALU BAIK".. masa kita perlukan nya. hilang nth kemana. bila dia perlukan kita pandai pulak mencari. yg HAMBA ALLAH ni baik sgt. tapi maafla syg. Bukan nk jadi kejam, kedekut mahupn tamak haloba. Tapi sedih atas apa yg org lakukan terhadap syg. Tapi hakikatnya diorang cuma ambil kesempatan sahaja kn? -.-'

Mana aku tak kata ambik kesempatan. Bila kita bagi betis nk peha. bila bg peha nk apa plak? Cuba korang renung-renungkn. Aku da puas renung siap termenung da ni. 
Sangat kurang ajar kn? Hah! tengok bertambah-tambah HOT da ni. Sabo-Sabo. pujuk diri sendiri.. Sobsobb.. -.-'

Dahla. Aku pn da mls da nk marah-marah, mengamuk-mengamuk, hentak-hentak kaki utk menunjuk kn bertapa hotnya aku di kala ini.. Tapi..
 
Korang ingat. Kalau buat "DOSA" dengan YANG ESA boleh lagi korang nak mintak ampun. Dan yg pastinya korang akan di ampunkan. Tapi..
Korang kena jugak ingat "DOSA" dengan MANUSIA ni mcm mana? Aku akan maafkan setiap perbuatan yang korang buat Tapi..

Dengan satu syarat.. Korang dtg jumpa aku mintak maap. Bukan mintak duit korang ye. HANYA MINTAK MAAP.. Ada paham?

Semoga kita semua jadi manusia yg HEBAT. HEBAT dlm mencari rezeki yg halal. bukan hanya HEBAT berkata-kata utk menjatuhkan @ menghempap punca rezeki orang lain.. BERINGAT-INGAT ye? dan SELAMAT BERAMAL.. ^^

  • Sudah tiba masa utk aku rehatkn minda, kosongkan kepala otak, buang segala sifat-sifat negatif yg hanya akan menambahkan sakit hati..
  • Hanya berserah PADANYA.. Sesungguh nya kita hanya insan yg lemah..
  • Rezeki datang DARINYA.. usaha pasti akan dpt hasil nya..
  • Kalau org buat kita jgn berdendam. Jauhkn sifat dendam. Pasti dia akan terima pembalasan nya..
  • Alhamdulillah Aku bersyukur PADANYA atas segala rezeki yg di berikan..
  • TERIMA KASIH YA ALLAH.. ^^
Terima Kasih Baca Luahan Hati Tengah-Tengah Malam ni.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...