Assalamualaikum.
Dulu, sapa NADA, sapa RICKY pun aku tak tau. Ape tak tau nya. tak penah langsung tgk cerita tu. sampai aku bersalin, berpantang rumah mak, setiap kul 6:30 je aku akan di hadapkan dengan cerita NADA CINTA ni. sangat boring. sebab kt rumah mak aku tu majoriti semua minat kemain cerita tu. ape best nya pun aku tak tau. =_='
cite NADA CINTA. suka vito lagi dari ricky. hehe.
Dalam boring tak boring tu aku tengok gak. *sebab da tak de siaran lain. =_=' lama lama best gak aku tengok cerita tu. da ala ala cerita ape tu yang budak budak af. hah! KAU DAN AKU. sama je cite, nyanyi, cinta, nangis. hmmm..
NI, cerita KAU DAN AKU. mula mula suka tengok. lama lama tak.....
Tapi, yang lebih mengujakan aku, buat aku terkejut beruk, cite Nada Cinta tu ada 244 episod? Kat Indonesia siar Nada Cinta awal tahun aritu dan bulan Ogos baru selesai . Cuba korang bayangkan berapa lama lagi untuk kita jalani dengan hati yang cekal jiwa yang tenang minda yang terbuka cite tu? cbe bayangkan.. pheww brzaman gakla.
Sekarang, aku nk korang semua tau,cite Nada Cinta itu bukanlah cinta si Nada tapi Nada dan Cinta. mereka ni kembar. mesti korang rasa *mula da cerita ni merapu.
cantik gak NADA @ CINTA kalau make up. ^^
Dua dua orang tu di lakonkan oleh Mikha. *nama betul NADA CINTA tu. Ok, ceritanya camni . aku cerita sikit sikit jela yang aku paham. Gila kau nak taip untuk 244 episod. So, jom dengar cerita aku ni. short cut punya cerita. muhaha.
Apa yang aku paham, selepas beberapa ketika nanti Nada akan mengalami kecelakaan yakni koma selama beberapa tahun. Muncullah CINTA menyamar sebagai NADA. Aku pn sebenar nya tak la tau pasal ape dia nk menyamar. So, tolongla buka mata luas luas. baca satu persatu kerana inila entry aku yang paling panjang di abad ini. haha.
Vito (hero kedua cerita ni)
hah! suka benor aku dengan dia ni -_-'
kenapa la Vito ni tak jadi hero dlm cerita NADA CINTA ni kan? Sebab, dia hero kedua dalam cerita ni. Suka kot cara dia dalam sinetron ni. suka menghadap muka dia yang super cute tu.
Sebenarnya vito ni kan dia suka kat Nada tu tapi dia baik kan sanggup JODOHkan Nada dengan RICKY tu. semua atas dasar persahabatan. best nya kalau dulu time time sek ada kawan macam vito ni. sentiasa di sisi. wahh gitu. ahaks!
Ok, cukup mengedik, sebab vito da ada FLORA. huhu.
Flora ni kekasih Vito. *Sila kecewa. sangat sesuai kot dengan vito tu. manis je muka nya. tang gigi taring dia tu aku suka. haha.
Lepas tu macam biasalah semua orang tahu Cikgu Rina tu emak kandung Nada. Lepas tu Susan yang mula mula aku tengok muka dia naik darah tinggi. Alex dengan Rasti yang menyakitkan hati. Edwin yang syok kat rina tp tau Faris tu laki si Rina. Lepas tu lepas Nia (emak Rasti) dengan adik dia yang menyampah aku nak tengok tu. Bapak vito, siska, bimo.
Ohh ye. rsenya tak ada aku tepek gamba RICKY kesayangan ramai ni kan. hehe. ni dia..
hensem kan? -.-'
Ok, berbalik pada cerita tadi, Ricky dengan Nada mesti la bersatu. Dah kata hero dan heroin kan? Cerita ni tak la macam memperbodohkan kita sebab tak de la orang baik asyik di tindas sebab dua dua pihak berlawan. Oh ye, Rasty dengan Alex nanti akan berubah baik. Macam tu jugak dengan Susan. Susan tu buat macam macam untuk ayah dia. Sedih pulak aku tengok si Susan ni tapi, Menyirap gak tengok lakonan jahat nya. menjadi aja!
Susan yang jahat jelita. hakhak.
Tetiba ada pulak la si Susan ni anak. Jahat kot mcm mak dia. mne tumpahny kuah kalau tak ke nasi kan. haha. nma nya Martin. Martin ni sekutu Alex. Elok la tu..
Berbalik pd CINTA tu. Cinta berpasangan dengan Marvin, Cinta akan dibantu oleh Marvin untuk memulihkan semula ingatannya. Nada pulak mengalami kemalangan teruk hingga koma, dan Cinta datang menyamar sebagai Nada. Nada koma sampai 5 tahun, kemudian Ricky pulak ke London selama 5 tahun, dia kena penjara sebab dianggap sebagai terrosist. (tak sah cerite Indon kalo takda koma hilang ingatan ni huhu)
Hmm.. tapi ok la. Makin lama makin best cerita ni. Nanti menjelang episod ke 200 dan seterusnya, korang akan di hidangkan dengan 1 lagi debaran yang Rasti tu bukan anak kepada Nia dengan Faris tapi Nia dengan ini mamat. Mamat mana? OMG! ERWIN! Ngapain jadi begini. waduh waduh. huhu.
Nia dengan Erwin ???
mengapa kamu erwin? mengapa??
Nanti korang boleh tengok si Erwin dengan Nia untuk kidnap Cikgu Rina dan menjatuhkan Nada.
Okla di pendek kn cerita. NADA CINTA ni berakhir dengan HEPY ENDING la.
Sila cemburu sebab dorang bersama sampailah menikah.
Ricky tetap dengan Nada. Siap dpt bb kembar lagi.
Akhirnya Alex dengan Rasti gak. Sweet. ^^ Bagas & Siska. Ohh Siska. kemain lawa jugak dia ni. ^^
Yang akan kekal jahatnya tentu la si Nia ni. Cantik, tp jahat kemain. T_T.
Okey, cukup da kot aku taip cerita ni. naik pening pulak kepala hotak aku ni. Sebelum tu ni ada watak watak sepanjang cerita ni berlangsung. banyak betul watak putar belit.
| Nada | Pacar Ricky
Anak Faris dan Rina | Hidup |
Cinta / Sahara | Kembaran Nada | Meninggal |
| Ricky | Pacar Nada
Adik Aga | Hidup |
| Rasty Yunita | Teman Nada
Pacar Alex
Anak Erwin dan Nia | Hidup |
| Alex | Pacar Rasty
Anak Beni | Hidup |
| Vito Anggara | Teman Nada & Ricky
Anak Fahmi | Hidup |
| Siska | Teman Nada & Ricky | Hidup |
| Flora Cantika | Pacar Vito | Hidup |
| Rina | Ibu Nada
Istri Faris | Meninggal |
| Faris | Ayah Nada
Suami Rina | Meninggal |
| Susan | Istri Aliyah
Ibu Martin | Meninggal |
| Erwin | Teman Rina
Suami Nia
Ayah Rasty | Hidup |
| Nia Rahmawati | Ibu Rasty
Istri Erwin | Meninggal |
| Dodi | Pengamen | Hidup |
| Rian | Pengamen | Hidup |
| Banu | Pengamen | Hidup |
| Jerry | Paman Rasty
Adik Nia | Hidup |
| Aga | Kakak Ricky | Hidup |
| Fahmi | Ayah Vito | Hidup |
| Farah | Tante Nada
Adik Faris | Hidup |
| Beni | Ayah Alex | Hidup |
| Vanna | Teman Nada dan Rasty | Hidup |
| Martin | Anak Aliyah dan Susan
Teman Alex | Hidup |
| Aliyah | Ayah Martin
Suami Susan | Hidup |
| Tirta | Kakek Nada & Cinta
Ayah Faris & Farah | Meninggal |
| Ariyanti | Ibu Tiara
Suami Arga
Kakak Ricky | Hidup |
| Marrisa |
| Hidup |
| Tiara | Anak Arga
Anak Ariyanti | Hidup |
Cerita yang penuh kontroversi.. ada jahat. ada baik. jahat tindas baik, jahat kena balik. haha.
pesanan - jangan jadi ikutan ye cerita ni. tengok boleh. jadi yg baik boleh. jangan jd yg jahat..
Selamat mengharungi, meneliti, menegoki, melihati sinetron ini. makasih. ^^