TUMBUH GIGI

Assalamualaikum..

Hai, hai, hai..  ^^ dah lama tak update cerita pasal Aira. Siapakah Aira? o.O
OUhhhhhh! she my daughter LOL. :)



Aira Saffira sayang. suka tersenyum walau di mana berada.. :) 


Now, dia da berumur around 1 tahun 4 bulan. da besa kan? hehe. Makin besa makin banyak akal. bila makin banyak akal semua benda tak terkawal. Panjat meja, makan sambil brlari, jatuh tergoleh da jadi asam garam kehidupan beliau. hehe..


Lagi2 sekarang Aira da pandai berjalan. Oh buat pengetahuan para pembaca, chewaah hehe. Aira baru je pandai berjalan sebulan yang lepas. Ok, i know ar, dia memang lambat brjalan. merangkak pun lambat dulu. tapi tak apa la.. Biar lambat asal selamat. tak gitu? Hikhik.. 


So, banyak la perkembangan yang telah terjadi termasuk la tumbuhnya GIGI.. Now, Aira da ada 3 batang gigi atas, 3 batang gigi bawah.. ;) Tapi, 1 batang gigi geraham aira telah tumbuh semalam.. ^^ kira 4 batang la gigi bawah walaupun baru nak naik.


Ops! GAP nya gigi. hahaha! Like father Like daugther LOL. :)


Sejak Aira tumbuh GIGI GERAHAM dia asyik merengek je sampai mama dia ni hilang sabar. sakit ke? gatal ke gusi tu? Aku pn tak sure. Yang pastinya dia merengek macam nk dapat adik baru. OPSS! Aira nanti2 tunggu awk besa sikit eh.. ;)


So, ada tak apa2 petua yang boleh share macam mana nak tangani masalah sedemikian rupa? Kesian kot kat Aira. Dulu masa tumbuh gigi yang lain2 demam pun tak. Relax je. Harap2 gigi Aira cepatla tumbuh tanpa kesakitan T_T


#Tak sabar nak tunggu dia pandai bercakap dengan petah. :)
Aira say - ma ma aip da da pa pa haha!



Blog baru.

Assalamualaikum..

Perasan tak perasan tak. blog yang agak haru biru ni kan. ini adalah hasil mengodem dari pagi sampai ke malam tanpa henti. Ok, itu tipu hehe. 


sebelum ni blog ini agak kusam, and ada header yang agak cantik hasil dari ciptaan orang yang menciptanya. (lupa da sapa yang buat -.-') tapi sebab sekarang da berhijab alhamdulillah, aku tekad untuk meremove header tu sebab gamba header tu agak tidak sesuai. so nak tak nak blog aku ni hanya ada header  nama sahaja. bersyukurla dari tak ada kan? 

with nadya!
Di sebabkan aku ini boleh di kategori kan manusia yang buta IT gak, aku pun try la buat ape yang patut kat blog tu dari tuto yang aku selongkar dalam en google. So, terjadi la blog yang agak serabut tapi ok la puas hati dengan keje sendiri.. Tu je nak cakap. bye! ;)



*ada sapa baik hati nak cipta header buat saya T_T 

Hidup yang baru ♥


Assalammualaikum..



Alhamdulillah hari ini 3/3/2013.. sudah 24 tahun aku hidup di bumi ALLAH ni.. Pahit, manis, tawa, kelat, masin semua aku dah rasa. Semakin kita membesar, semakin kita sedar akan segala tingkah laku kehidupan kita di dunia ni. Alhamdulillah juga di lahirkan di kalangan keluarga yang penyanyang. Mak, kakak, adik, abg ipar, anak saudara dan semua. (panjang nya mukadimah) 

Hewhew tak lupa juga tuhan telah menemukan aku dengan seorang suami yang cukup sempurna di mata aku, dan dikurniakan seorang anak yang sangat periang, NUR AIRA SAFFIRA.. ♥

Ok, Demi untuk mengkaitkan semula tajuk dengan isi, sebenarnya aku dah lama meninggalkan dunia blogger ni. actually tak aktif pun, so memang tak kesahla kalau tak tulis satu entry sekalipun dalam tempoh masa setengah tahun. tak ada sapa kesah kan? (please tolong kesah T_T)

So, in sha allah aku ingin kembali ke dunia blogger, tulis itu ini tentang kehidupan sekarang yang semakin bahagia.. tentang perubahan yang banyak berlaku. tentang kehidupan sebagai seorang isteri, seorang mama, seorang anak, seorang adik dan seorang sebagai nya. (ayat tak tentu hala) Korang semua doakan yang terbaik buat aku ok.. Kalau ada salah tolong tunjuk kan. Semoga kita semua saling ingat mengingati, sentiasa menuju ke arah kebaikan.. IN SHA ALLAH ♥
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...