KEGUGURAN RAMBUT !

Assalamualaikum.

Tolong! aku mengalami keguguran rambut yang sangatsangat teruk!




Bukan rambut sebenar


Bangun tido je rambut bersepah atas bantal. kadangkadang sampai melekat kat muka aira.  Bila berjalan dalam rumah abis satu rumah atas lantai penuh rambut. Dah la lantai putih. semak woi! bersepahsepah rambut. sudut sana sudut sini. kalau angin tiup rambut tu da boleh buat design gamba macammacam da atas lantai. corak flora, bungabungaan bergumpalgumpal pun ada. aish! benci!



Bila mandi, cuci rambut dengan syampu wangi kemain. kerukkeruk kepala supaya kulit kepala bersih. usap rambut siap berangan jadi duta syampu, tudiaaaa rambut melekat kat tangan sikit punya banyak. da macam orang sakit lukimia kot. uishh! mintak simpang 44 jalan murai jaya. hmm.. -.-' 



Orang kata ni normal selepas melahirkan baby. tapi da macam x normal je. kalau asyik gugur je mau botak kepala ni nanti. Adoi! tak mau..! baru je berangan nak bela rambut panjangpanjang, cantik macam AVRIL LAVINGE! nampak nya anganangan ku musnah! musnah sama sekali. T_T


Orang lain kata juga kalau baby main buih @ main air liuh @ air liuh melelehleleh pun penyebab rambut sang mama keguguran. oh ya! memang sejak aira pandai main buih sejak tu rambut aku gugur. Terima kasih aira. 


Tapi, sebenar tak kesah pun kalau berpunca dari aira main buih. Mama sanggup botak demi kamu sayang. walau macam mana pun aku masih rimas, lemas, serabut, semak, samun, kalau rambut gugur meratarata. eeeeeeee tak suka lah!




Kalau tang sikat rambut lagi la. comfirmcomfirm gugur banyak gila. sangat banyak. banyakbanyak kuasa 4! dan aku da sediakn bakul sampah tepi almari make up. senang aku nak lontor rambut yang melekat kat berus sikat tu. arghh! stress!



Stress pun maybe penyebab rambut gugur. so tak mau stressstress la. relaxrelax. gugurla kamu wahai sang rambut. akan ku kerat kamu tak lama lagi. biar pendek puas hati aku. panjangpanjang pun kau sibuk nak gugur. Dan akan ku tutup kekeratkan rambut tu. *bahasa apa aku guna ni?  


Harapharap sekejap jela rambut ni mengalami proses penguguran. kalau sampai bilabila mau luas permandangan atas kepala ni. hah masa ni la baru aira tak kenal mana mama dia, mana papa dia. kesian abg dan aira. tak pasalpasal kena tempias rambut aku yang halus mulus ni. haha. tipu! tapi yang selalu jadi mangsa aira la. senyap je dia bila sehelai rambut atas muka dia. ditenung je sampai juling mata. nak capai tak reti lagi. kesian kamu aira. maafkan mama.


Tak pela nak buat macam mana kan? bukan aku request nak rambut gugur ni. rambut ni pun satu hal nya. nak nye bagitau la bila masa nak mendarat. tautau je da sampai ke lantai. aish! kalau bagitau kan senang. senang berlari ke luar. biar sepah kat luar rumah tak yah sapu sampah. haha.


Ada sapasapa tau petua kurangkan rambut gugur?  mintak di share ye. ^^


Terima kasih sudi jenguk blog Erin Abd Latip.




9 TAHUN | ARWAH AYAH ❤

Assalamualaikum.

( 02/03/2003 - 02/03/2012 : 9 tahun )

Ni sahaja gamba arwah ayah yang aku ada. T_T
 
Hari ni genap 9 tahun ayah meninggal kan aku. Ayah pergi buat selama lamanya.
Ayah pergi meninggal kan seorang isteri yang tersangat di cintai. Meninggal kan 7 orang puteri kesayangan nya, dan beberapa orang cucu yang di kasihi nya.


Masa berlalu begitu cepat. Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Tahun berganti tahun. Aku sangat rindukan arwah ayah. Aku harap arwah ayah tenang di alam sana. Semoga arwah ayah di cucuri Rahmat.


Apa yang aku ingat masa tu, arwah ayah meninggal waktu subuh pagi jumaat. Masa tu seluruh ahli keluarga ada di rumah. Sebab nak sambut hari lahir anak kakak ke esok kan harinya. Masing masing sibuk dengan hal masing masing. Buat kek dan sebagainya. Malam tu arwah ayah ada ajak semua adik beradik aku tengok tv dengan nya. tapi masing masing sibuk. so, arwah ayah tengok dengan aku dengan adik aku je. 


Subuh jumaat tu masa arwah ayah tido, mak dengar arwah ayah tarik nafas semacam. tarik nafas buat kali terakhirnya. mungkin. mak kelam kabut panggil kami adik beradik. kakak pangku ayah. masing masing da cuak tak tau nak buat apa. akhirnya ayah menghembuskan nafas terakhirnya pagi tu. sapa sangka kan. pelawaan terakhirnya untuk luangkan masa bersama sama menonton tv adalah pelawaan terakhir nya. sangat kesal. T_T
 

Sebelum dia tido tu, dia nak cuit kek cokelat yang kakak aku buat. Tapi, kakak aku boleh halang. katanya tunggu esok. sebab kek tu tak keras lagi. Kesian arwah ayah kempunan nak makan kek tu. Kakak aku sangat terkilan sebab tak bagi arwah ayah makan kek cokelat tu. Sangat sangat tak sangka pemergiaan nya secepat itu.
 

Selepas mengesahkan kematiaan arwah ayah, hari tu juga dia di kebumi kan. Tapi sebelum dia di kebumi kan aku terkilan sebab tak dapat nak tatap arwah ayah lama lama masa tu. Aku tak tau masa pagi arwah ayah meninggal, aku jatuh sakit secara tiba tiba. rebah, lemah seluruh badan. duduk dalam bilik je. sampaila arwah ayah nak di balut, baru aku keluar untuk cium dia buat kali terakhir. tu pun aku di papah sebab memang tak boleh nak bangun. Mungkin kah aku kena badi mayat? aku tak pasti.


Gamba pasport arwah ayah.

Ni antara sikap sikap pelik arwah ayah sebelum meninggal.


  •  Senduk makan sendiri - Arwah ayah tak pernah senduk makan sendiri sepanjang dia hidup. mak akan hidangkan makanan letak depan mata dia. baik makan @ minum. tapi, akhir akhir sebelum dia pergi, dia boleh senduk makan sendiri. Mungkin dia tak nak susahkan mak. T_T
  • Tak kesah orang lalu lalang depan tv - Arwah ayah memang pantang kalau orang lalu lalang depan dia masa dia tengok tv. tapi, lain jadi nya. dia tak kesah pun. siap adik aku duduk atas perut dia yang buncit tu lagi. dia senyum je. 
  • Hilang panas baran - Arwah ayah sangat garang. tapi, hilang garangnya secara tiba tiba. kalau dulu buat silap sikit nahas la kau. tapi alhamdulillah perbuatan dan sikap nya berubah secara mendadak. tak da sapa tau di sebalik nya. T_T
  • Ambik gamba pandang kamera - Arwah ayah memang tak suka ambik gamba. kalau ambik gamba pun nanti mesti dia pandang tempat lain. tapi, akhir akhir nyawa dia, dia ambik gamba pandang kamera. Aneh kan..? tu la nama nya buang tabiat.

So, aku harap sapa sapa yang masih mempunyai ayah, selalu la di samping nya. sebab kita hidup di dunia ni cuma sementara. tak tau bila masa ajal maut kita datang.

Aku berharap arwah ayah sentiasa tenang di sana. Mohon sedekah kan Al-Fatihah buat arwah ayah ABD LATIP BIN MUJI. Amin ya rabbal Alamin.  Amin. ❤ 

Terima kasih sudi membaca.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...