Kehamilan ketiga. New baby for Papa, Aira and Kasyah ♥

Assalamualaikum.

Alhamdulillah masih di beri kesempatan menulis blog. Walaupun kadang-kadang aku seperti seorang blogger yang terlupa aku ada blog. Haha. Last entry tak salah 2014. Sekarang dah 2017. Hmm hmm. Bukan sebab tak ada cerita nak tulis. Cerita banyak. Tapi sebab malas kot. Malas? Hmm yela yela malas. -_-

Ok, entry kali ni aku nak cerita pasal kehamilan aku yang ketiga. Before ni Alhamdulillah ada sepasang anak. Aira 6 tahun dan Kasyah 3 tahun. So, third baby ni umur aku pun dah 28 tahun. Rasa sesuai dah kot untuk dapat anak ketiga. Kasyah pun dah besar. Aira pun dah feeling hakak-hakak sangat. Elok la di bagi kan adik kan kan kan. :v




22hb April 2017 jam 11 Pagi. Sebenarnya cobaan nak beli pregnancy test ni dah berkali-kali. Tapi selalu tak jadi sebab takut. Hah yela takut kecewa. Sebab dua bulan lalu aku beli juga tapi negatif memanjang. Frust tau tak. -_- So, Pagi tu tekad juga nak p beli. Beli la ada rezeki ke tak ada tu takpela. Naik la motor berdua dengan si Kasyah ke Farmasi. Beli sorok-sorok tau. Nanti bagitau suami kalau tak ada dia pun kecewa sama. Baik la kecewa sorang-sorang. So, nak di jadikan cerita balik-balik Farmasi suami bangun tidur dah. Dia keje malam balik pagi. Tengah mamai la dia time tu. Lekas-lekas la aku p toilet p test urine. Doa banyak-banyak dah ni. Seram stress semua ada dah. So, test-test aku biar je tak tengok. Dah macam tabiat kot tiap kali check urine tak tengok. HAHA. Dah setle semua aku basuh tangan baru intai-intai pregnancy test tu. ALLAH ALHAMDULILLAH double. Maksudnya POSITIF. Rasa nak pitam dah time tu. Macam tak percaya pun ye. Terus la p cakap kt suami. Sengeh senyum lebar lah beliau pastu boleh pulak dia tanya, " Bila masa p beli pregnancy test? " Berdialog lah kitaorang laki bini pagi tu. :v




Kehamilan ketiga ni sebenanrnya dah nampak tanda-tanda dia. Seminggu tu tak sedap badan. Lemau je badan ni. Sakit pangkal ari macam orang nak period tu. Muka naik jerawat mendadak tumbuh. Kerap membayang pening nak tumbang. Banyak lagi lah. Ingat sebab nak datang period. Rupanya baby dalam proses. HEHE. So, bersiap sedia lah mengharungi mabok kepayang. :p

InshaAllah mudah-mudahan third baby ni membesar dengan sihat. Baru pregnant ni kena jaga elok-elok. Semalam dah la lantak hujan lebat siap air masuk rumah. Bertungkus lumus la laki bini mengalih barang takut basah. Tapi dalam 100% kerja tu bini dia buat 20% je selebihanya laki buat. Dari mop lantai sampai la lantai tu kering. Dah la nak p kerja malam. Tapi tak pe p lambat asalkan lantai tak basah takut bini dan anak-anak tergelincir licin. Nasib lah suami rajin dan prihatin. Eceh sapa nak puji laki sendiri kan kalau bukan bini dia. HAHA. Harap baby sihat dalam perut ni. Amin. Bab gender baby kami laki bini tak kesah. Asalkan sihat sempurna. Last period pun sebenarnya lupa ni, tak salah 15hb March kot. Adeh main kot-kot pulak. Buku pink tak buat lagi. Planning next month baru p buat. So, guys doakan yang baik-baik untuk aku ye. Moga di permudahkan segalanya sepanjang kehamilan ni. Tak sabar nak tengok baby dalam perut ni membesar. Dan membesarkan badan juga dengan jayanya. Yang paling teruja Aira dengan Kasyah. Tak sabar nak dapat adik katanya. :v




Terima Kasih sudi baca entry kali ni. 

Love, EAL.

1 comment:


  1. شركة المثالية للتنظيف تسعد بتقديم خدماتها لعملائها بالمنطقة الشرقية خدمات تنظيف خدمات مكافحة حشرات خدمات تسليك مجاري المياه للمطابخ والحمامات جميع الخدمات المنزلية تجدونها مع شركة المثالية للتنظيف بافضل جودة وارخص الاسعار بالاعتماد علي كافة الادوات الحديثة والعمالة الماهرة

    شركة المثالية للتنظيف
    شركة المثالية للتنظيف بالدمام
    شركة المثالية للتنظيف بالخبر

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...